Pages

SUP SAYUR

Makan panas-panas membuka selera ....

Berasap lagi gitew......

Menu harian kita wajib kena ada sayur. Selain memberi vitamin untuk keperluan tubuh badan, ianya juga membantu memberikan serat bagi melawaskan perut. Sembelit adalah masalah yang sering dihidapi oleh manusia. Selain dari kerana kekurangan air dalam tubuh, kekurangan serat juga adalah penyumbang kepada masalah ini terjadi. Jadi rajin-rajinlah memakan sayur, kulit kita juga akan menjadi anjal, kelihatan segar dan kekal awet muda .... hoho


Memasak sup sayur ni takdelah sesusah mana, kata suami hanya campak-campak aje. Dia memang hantu sayur, disebabkan dia juga anak-anak jadi penggemar sayur. Bagus juga sebab dengan hanya melihat suami makan, kita akan jadi kecur air liur untuk merasa sama. Walaupun kekadang tu takdelah sesedap mana punnnn.... hahaha

Antara bahan utama yang perlu ada, pastilah 

sayuran  (apa sahaja boleh campur semua)
Kubis panjang
Cili Benggala
Carrot
Cendawan butang

2 ulas bawang merah - diricih nipis
2 ulas bawang putih - diricih nipis
1 ketul kiub ikan bilis
Minyak zaitun untuk menumis (minyak biasa pun boleh!!)

Caranya;
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan air dan letakkan kiub ikan bilis
  3. Masukkan sayur yang agak keras dahulu seperti carrot
  4. Kemudian masukkan sayur yang lain. Biarkan mendidih.
  5. Boleh tambahkan sedikit garam jika kurang masin.
  6. Siap, tutup api dan bolehlah dihidang. 
  7. Taburkan bawang goreng penambah seri...


.

Kubis panjang yang rangup ... favorite saya


Antara bahan yang perlu ada....

Ready to serve

No comments:

Post a Comment