Pages

Rainbow Leopard Swiss Roll





Pertama kali tengok kek swissroll yang dikongsi di Facebook saya dah teruja sangat dik kerana warna nya terang dan juga corak yang agak garang seperti itu. Sebelum ni saya dah pernah mencuba dengan corak yang lain tapi yang ini membuatkan saya rasa tak sabar sangat nak mencuba.... pandangan mata yang memulakan segala gerak rasa...haha dah macam orang bercinta pulak ye....


Kek ini bukan saja sedap dengan tekstur kek yang sangat lembut dan gebu malah dengan gabungan intinya lagi membuatkan kita rasa tak sedar nak menghabiskan sekeping potongan kek itu.

Kali ini saya menggunakan cheese frosting sebagai intinya dan dihidangkan sejuk sebagai juadah minum petang. Komen suami sangat memberansangkan dan saya kebiasaannya memang akan mengambilkira setiap komen dari dia...hehe. Yelah siapa lagi yang ada pun kan untuk memberi komen.... air tangan isteri untuk memancing perut suami kata orang tua-tua. Ye ke? Tapi saya nak memancing perut orang lain juga ni....hhmm :) 



Okeylah...dah puas tengok gambar kek ni kan...sekarang mari kita jengah plak resepinya pula... mudah aje...



Bahan A

3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla





  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A.


Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar 





  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.


  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah. 

  1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
  2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula lebihan adunan yang telah diwarnakan tadi
  4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
  5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
  6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka


Putar krim putar bukan tenusu / Non Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
  1. Letakkan kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
  2. Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan
  3. Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
  4. Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.






No comments:

Post a Comment