KASWI PANDAN GOYANG
Bahan²nya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
¾ cawan gula
1 tp air kapur
1 cawan air daun pandan
3½ cawan air
Sedikit pewarna hijau epal
Kelapa parut digaul bersama sedikit garam.
Cara membuatnya
Sebatikan semua bahan. Pastikan tidak berbintil. Boleh tapis jika mahu.
Oleskan acuan dengan minyak masak.
Tuang adunan dan kulus selama 15 minit.
Keluarkan dan gaul bersama kelapa parut. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment