Pages

Banoffee Cupcakes






Banoffee cupcakes ni nampak sangat menyelerakan dan ditambah dgn rembesan caramel beserta parutan coklat lg menambah gelora pada mata yang melihat. Cupcake ni mmg sedap pada tekak saya dan biasanya citarasa saya pasti akan mendapat tempat juga dihati ahli keluarga saya. Mungkin ini juga akan menjadi salah satu sajian dessert anda juga...jom kita lihat cara penyediaannya dulu.




BANOFFEE CUPCAKES

Bahan-bahannya;
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)


250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)
2 cawan pisang lenyek

Cara2:

1) panaskan ketuhar 170 darjah c, alaskan dula pembakar muffin dgn kertas cupcake.

2) pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla.

3) masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.

4) tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)
Topping:
Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)
Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin - rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dgn air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel)
Coklat hitam yg diparut
SELAMAT MENCUBA!! Dan bolehlah post gambar di sini kalau dah buat :))

Bruchetta And Brocoli Soup



Bruchetta iaitu sejenis roti keras di luar tapi lembut di dalam selalunya memang dimakan bersama sup yang agak pekat. Pertama kali saya melihat roti sebegini dihidangkan bersama sup di sebuah restoran...jadi timbul rasa ingin mencuba membuat sendiri. Ye la, saya bukan jenis orang yang rajin berjalan. Pertama kali mencuba, nampaknya berhasil. Haha terasa seronoklah juga bila berjaya menghasilkan hidangan seperti itu.

Saya gabungkan bersama sup brocoli dan memang bersesuaian kerana sup ini agak pekat dengan gabungan bersama kentang. Sesuai juga untuk kanak-kanak. Boleh juga kalau kita gabunkan bersama "cream of mushroom" ataupun "cream of chicken". Ikut citarasa sendiri...... okey mari kita lihat resepi rotinya terlebih dahulu.


Bruchetta

500gm tepung high protein
1 biji telur
220ml air
70gm shortening
1 tsp bread improver
1 paket yis mauripan

Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. perapkan selama 15 minit dan kmdn bolehlah dibentuk mengikut citarasa sendiri...Setelah itu biarkan seketika dalam 15 minit lai sebelum dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 190 degree selama 15 minit


Brocoli Soup

1 biji bawang besar holland di potong
3 ulas bawang putih
3 biji kentang
1 pokok brocoli
1 cawan air
sedikit garam
serbuk lada sulah
dan sedikit cream

Tumis bawang besar dan bawang putih sehinga layu, Masukkan kentang dan brocoli dan air. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan sebentar. Kisarkan semua bahan tadi dan masukkan semula ke dalam periuk, masukkan garam, serbuk lada sulah dan setelah mendidih tutup api. Tuang kan cream dan kacau rata. Siap utk di hidang...





RED RUBY DESSERT

Ola oli ku beri nama
Saudara saudari
cikebom cikebom
puih putih melati, ali baba
merah merah delima, miaw miaw


Hehe...teringat lagu masa kecil-kecil dulu. Merah delima, inila dia Red Ruby atau Merah Delima, dessert yang simple dan mudah untuk disediakan tapi dengan warnanya dah nampah menyelerakan. 

Sebetulnya saya pernah makan dulu di salah sebuah restoran makanan siam. Sementara nak tunggu pesanan tiba, kami dihidangkan dengan dessert ni. Sedap sungguh terutamanya bila dihidang sejuk. Saya terfikir juga dulu, macamana la ianya disediakan. Tapi akhirnya setelah ku temui resepinya, rupanya mudah saja.




Resepinya mudah je...jom kita tengok :-

i) beberapa biji sengkuang cina/ arrowhead

Dipotong dadu dan direndam dalam pewarna merah. Kemudian gaulkan bersama tepung ubi sehingga menyaluti keseluruhan ubi tersebut. Pastikan ianya tidak melekat diantara satu sama lain ye.

Kemudian rebus macam kita buat kuih buah melaka tu, bila timbul angkat dan rendamkan didalam air gula sejuk. Kemudian dihidankan bersama susu cair. Lagi kalau dapat taburkan dengan hirisan nangka masak di atasnya... wallaa. Selamat mencuba