Pages

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS



Kek gula hangus ni memang menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi. Teringat masa mula mula menjamah kek ni di kenduri saudara saya di kampung. Asalnya memang tak berselera nak makan kerana permukaan kek yang agak hitam seolah-olah hangus. Tapi oleh kerana saya tak tahu nak buat apa sementara menunggu mak berbual bersama salah seorang saudara jadi saya pun menjamah laa kek tersebut. Rupanya sedap rasa kek tersebut.Tapi peliknya kenapa dimasak sehingga hangus begitu yangmana telah mematahkan selera saya...hehe

Tapi setelah dapat resepi tersebut barulah saya tahu, adunan kek ini yang agak cair menjadikannya agak lambat untuk masak jadinya kalau kita menggunakan ketuhar memang permukaan kek akan hangus sedikit......haha dah buat sendiri baru lah tau.....


Untungnya saya kerana saya mempunyai rakan yang suka memasak dan berkongsi ilmu bersama saya sambil berniaga. Saya diperkenalkan dengan periuk magic Amway dan sebagai demonstrasi kek ini dimasak didalam periuk tersebut. Wah dalam masa 30 minit, kek ini siap dimasak dan tiada hangus sedikit pun dan semestinya kerak pun tiada. Alhamdulillah...syukur. kek kegemaran saya menjadi mudah untuk dinikmati sekarang dengan adanya periuk tersebut.

Lihatlah sarangnya yang menjadi cantik....meh kita tengok resepinya


Bahan 1

2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu makan butter

Cairkan gula diatas api sehingga sedikit perang. 
kemudian masukkan air panas sedikit-sedikit. (tutup api dan masukkan butter, gaul sebati)

Bahan 2

6 biji telur
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
2 tsp bicarbonate soda
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

1. Pukul telur sampai kembang,
2. masukkan susu pekat manis- gaul sebati
3. kemudian masukkan tepung, soda dan baking powder - sebatikan
4. Akhir sekali masukkan bahan 1 kedalam adunan - panas-panas. 

Adunan ini hendaklah diperam paling elok 6 jam. Tapi saya buat 3 jam sahaja. Kalau teman saya tu buat tak sampai 30 minit dah bakar.... tetap juga cantik kejadian sarangnya. jadi ikutlah mana yang mudah buat semua. Setelah masak ( jika menggunakan periuk magic tu) matikan suis dan keluarkan dari periuk. untuk lebih mudah dan jika tidak mahu berkerak, lapikkan kertas di dasar periuk setelah disapukan butter. 

Bila sejuk siap dan bolehlah dihidang.....


Lemang Periuk Kera


Lemang ni memula saya dapat adalah dari rumah Maksu suami saya, kebetulan kami pergi beraya ke rumah nya di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur. Kebetulan dia ni memang penggemar barang-barang lama dan juga authentic ni, so bermula la cerita tentang lemang periuk kera timbul. Nak jadi rezeki saya barangkali, baki kelongsong periuk yang belum dimasak masih ada beberapa biji dalam freezer. Jadi dah memang rezeki orang kata, lalu diberikan kepada saya untuk dicuba. 


Bayangkan perasaan saya yang memang tak pernah tengok dan tak terjangka untuk dapat benda tu apatah lagi untuk mencuba masak sendiri. Terharu sangat.

Zaman sekolah, saya ada belajar tentang tumbuhan ini yang memerangkap serangga di dalamnya. Dikatakan juga boleh digunakan untuk memasak dikalangan orang asli, bila dah dapat depan mata, terbayang pula kebarangkalian ianya beracun atau memabukkan...hehehe.Dalam pelbagai rasa yang bersarang difikiran tapi saya tetap teruskan percubaan saya itu. Keesokkannya awal pagi saya dah mula mengukus pulut dalam periuk itu. Ya allah...menjadi plak, suka dan girangnya saya rasa.  
Terus upload di FB dan orang pertama yang memuji adalah maksu, dia rasa berbangga kerana pemberiannya dihargai oleh saya dengan mencuba memasak sendiri. Maksu tak tau ke perasaaan saya lagilah berbunga-bunga disaat diberikan kelongsong periuk kera tu. Terima kasih sangat-sangat maksu.

Bermula dari situ, saya mencari dan menggoogle sendiri dimanakah boleh saya dapatkan kelongsong ini di pasaran mentelah menantu maksu tidak dapat bekalan yang diperlukan. Akhirnya, saya menemukan di Instagram pembekalnya yang berada di Labis, Johor.  Maka pada Aidilfitri tahun 2017, saya telah dapat dan menjadikan lemang periuk kera sebagai juadah pagi raya. Alhamdulillah, ianya digemari dan anak dara kenit saya Nur Dania Sara sangat sukakannya selepas menonton kartun Upin Dan Ipin yang menceritakan berkenaan lemang periuk kera ni.



Percubaan pertama saya memesan secara online periuk kera ni dan bekalan sampai seminggu  sebelum Aidilfitri 2017.  Ini adalah bekalan kelongsong mentah yang baru tiba dengan perkhidmatan pos dari Labis. 


Kemudian proses mencuci dan membersihkan kelongsong bermula..



Masukkan beras pulut yang telah direndam sebentar ke dalam kelongsong dalam anggaran 3/4 penuh periuk kera.



Tuangkan santan yang telah dicampurkan garam kedalan periuk kera yang telah diisikan beras pulut. Kemudian kukus selama 20 - 25 minit atau sehingga pulut cukup masak dan siapp untuk dihidang.



Lemang ini sama seperti lemang biasa, dihidangkan bersama rendang. Tapi suami lebih gemarkan daging masak Bombay atau Daging masak Dendeng kerana tidak bersantan. Tadaaa..... alhamdulillah, semua gemarkannya dan saya boleh dikatakan sudah jadi pelanggan tetap pembekal kelongsong periuk kera tersebut. Mudah dan sangat menarik minat terutamanya kanak-kanak.....




Pulau Tidung lagi....

Pulau Tidung lagi.... kunjungan kedua kami ke pulau yang mendamaikan. Janji pada diri sendiri untuk datang lagi akhirnya tercapai pada 28hb Jan 2016. Cuma kali ini tanpa Along Sahira kerana sedang belajar di Dungun.

Sebetulnya seperti biasa suami akan tempah tiket awal untuk kami sekeluarga bermakna tiket untuk Along juga telah ditempah awal tapi apakan daya dia terpaksa berada dikampus so kena tinggal la jawabnya...hehe.





Setibanya kami di Jakarta, kami bermalam dahulu sebelum meneruskan perjalanan kami menaiki botlaju keesokan paginya di Muara Angker Kesempatan itu kami gunakan untuk berjalan melewati kota Jakarta. Kami memilih hotel yang berhampiran dengan Mangga Dua Mall. Hanya berjalan kaki untuk ke sana. 





Esok paginya kami seawal pagi dah bersiap menuju ke Muara Angker untuk mendapatkan botlaju kami...Semenatara menanti kami bergambar disekitar muara tersebut dan bersarapan pagi dan membeli bekalan untuk perjalanan itu.








Akhirnya kami tiba di pulau idaman kami...memilih penginapan Nirwana kali ini... tempatnya sedikit mewah dan selesa dengan harga hampir sama. 









Lihatlah anak-anak saya dan suami kalau dah nampak air, terus berkubang . Tapi sedihnya Dania tak dapat ikut bersuka ria dalam air tu. Alkisahnya sesampai je kat pulau tu, petangnya kami nak turun ke laut dengan menaiki basikal, tiba-tiba kaki Dania tersepit kat rim basikal. Allahuakbar....kaki Dania luka agak besar dan dalam, aduyaiiii terpaksa berhenti dan menumpang rumah penduduk setempat untuk mencuci luka. Kesian Dania, sudahnya dengan muka monyok dan menahan sakit, hilang segala keseronokan untuk mandi manda tadi. Mama pula yang sedih tengok dia, sampai dipantai dia terus tidur di pangkin yang tersedia di pantai tersebut. 






Selepas itu kami berbasikal ke jambatan cinta, menyusuri jambatan bersama sambil menghayati suasana dan keindahan alam diwaktu senja, waktu matahari terbenam. Dalam remang senja dengan mentari jingga...












Suasana ini memang membuat kami rasa sangat dekat antara satu sama lain, sedih juga bila terkenangkan along yang tiada bersama kami tika itu. Dalam suasana itu, kami bersama tanpa sebarang gangguan dan tanpa ada orang lain, jadi menambah lagi rasa dekat antara kami. Mama terkenang suatu masa nanti pabila masing2 sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri dan membawa haluan masing2, waktu ini yang akan kami rindui, waktu bersama...hanya kami....









Waktu ini juga jelas terpancar kemesraan antara dua beradik ini, Danial dan Danish bergelak tawa bersama bergurau senda. Kalau tidak asyik nak bertelagah saja...ada saja yang nak diusik yang biasanya akan berakhir dengan perselisihan faham antara mereka.... anak bujang begitulah.




Perasaan mama berbunga- bunga memphotokan setiap sudut yang dirasakan cantik dan menarik untuk diabadikan melalui telepon bimbit saja.









Kami pulang diwaktu hari menginjak gelap menghampiri maghrib, terdengar azan dilaungkan dari musolla yang berhampiran.  


Keesokkan paginya kami berjalan lagi tetapi ke arah belakang, iaitu ke Saung dan terus ke kedai makan yang dibuka dari rumah oleh penduduk setempat. Mee Ayam dan Bakso... ya allah sedapnya mee tu... memang puashati kami menjamah sarapan waktu itu. 







































Dan tibanya waktu untuk pulang meninggalkan pulau yang indah itu sebagai kenangan dengan memori yang penuh membahagiakan buat kami sekeluarga. Di sini memang tidak akan pernah puas buat kami.... setiap sudut dan ruang yang ada di situ seolah-olah masih segar terakam indah dalam kotak ingatan. Kami rindu dan kami pasti akan ke sini lagi...dan kali ini harapan kami biarlah kami berenam ada bersama-sama.



Menanti boat laju kami yang bakal tiba jam 2 petang.