Pages

Lemak Kuning Ikan Kembung bersama Jeruk Maman

Gulai Lemak Kuning Ikan kembung bersama Jeruk Maman.... ini memang kegemaran suami saya. Sebenarnya masak lemak kuning cili api ni memang menjadi pilihan suami dan anak-anak terutama bila saya kehabisan idea untuk memasak. Selain cara memasak yang mudah, ianya juga sedap dan bahannya yang memang sentiasa ada disekeliling kita aje.... 


Nilah rupanya setelah siap dan sedia untuk dimakan.

Gandingan yang paling menarik adalah ikan goreng panas2 bersama daun kari, sambal belacan dan sedikit  ulan-ulaman...



Cili masak hanya sebagai hiasan, boleh juga diletakkan buah tomato untuk menambah warna.  Dan kalau arwah abah.... dia suka kalau ada cili api sebiji sebiji dicampurkan sekali....



Resepinya:-

3 ulas bawang merah
6-7 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)
Sebatang serai
2 cawan santan pekat
2 ekor ikan kembung (siang dan dikerat dua)
Semangkuk jeruk maman
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit 
Serbuk perasa secukup rasa

Tumbuk bawang merah, cili padi. Titikkan serai. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Letakkan sekali ikan kembung dan panaskan. Apabila ia mendidih, masukkan jeruk maman. Kmdn masukkan santan. Panaskan sehingga mendidih dan ikan cukup masak. Boleh tutupkan api.  Hiaskan bersama cili masak dan buah tomato. Siap dihidang.

Inilah rupa pokok maman yang tumbuh melata di sekeliling rumah kita aje.

Selain dari masak gulai, ianya juga boleh dimakan bersama hirisan bawang dan cili padi.Perahkan sedikit  limau nipis....




Jeruk Maman

Dedaun maman seberapa byk yang ada
Dibasuh dan dibersihkan kemudian tos. Selepas itu masukkan kedalam botol dicampurkan sedikit nasi sejuk, air suam dan sedikit garam. Botol hendaklah ditutup dan biarkan semalaman. Nasi tadi akan memeramkan daun maman tadi menjadi jeruk...


1 comment:

  1. nampak sedap je...bile bole buat lg utk ktorg???? mak kate, ikan tu kalo digantikan dengan udang galah yang besar, mesti lagi ummmpppphhh!!!....hehe

    ReplyDelete