Pages

HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Kami sekeluarga.......


Selamat hari raya
hari untuk kita bersuka ria
setahun hanya sekali 
merayakan hari yang mulia ini

Dimasa bulan ramadhan
kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya di sambut dengan gembira
SELAMAT HARI RAYAAAAA

Lagu raya ni memang sinonim dengan Hari Raya Aidil Fitri, lagu yang senantiasa evergreen dari dulu hingga sekarang tetap segar bermain dicorong-corong radio. Entah kenapa rentak baru yang dinyanyikan semula ataupun lagu baru tak sesegar lagu susunan lama dan penyanyi lama. Nostalgia sungguh kan???? Bila tiba hari raya, bila lagu ni berkumandang, saya teringat zaman kanak-kanak. Gembira sungguh waktu tu, tak kisah dah pasal masalah lain, hanya tahu hari raya, tak payah nak berlapar dan dahaga lagi dan dalam kepala dok pikir berapa lah agaknya kutipan cukai yang bakal diterima...... hahahaha anak-2 zaman tu memang selalunya begitu. Tapi berbeza dengan anak2 zaman sekarang, anak2 saya misalnya tak berapa kisah sangat dengan duit raya ni, kadang2 bila saudara mara datang pun mereka asyik dengan  game, ipad, dan psp. Hilang sudah rasa hormat dan seronok melihat kehadiran saudara mara...... kena ajar lagi anak2 ni kalau tidak, mau tak kenal saudara mara ni....

menikmati juadah sebelum sessi bermaafan..... 

Dalam pada kita bergembira di hari raya, janganlah pula kita lupa pada yang telah tiada, sedekahkanlah al-fatihah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan rasa kasih sayang kita pada mereka. Kita juga bersederhanalah merayakan hari raya ini, janganlah kita membazir dan keterlaluan dalam merayakannya kerana kita perlu ingat bahawa kita hanya merayakan kemenangan kita dalam melaksanakan kewajiban sebagai hamba Allah iaitu berpuasa sebulan di bulan ramadhan. Yang paling penting kita raikanlah bersama insan tersayang sementara mereka masih ada bersama kita. Hidup didunia ini hanya sementara, jadi nikmatilah keindahan dunia ini ciptaan Yang Maha Kuasa.

Sessi bermaafan ....ampunkan segala kesalahan
 Hari Raya Aidil Fitri lah kebiasaannya kita akan saling maaf memaafi sesama kita walaupun seharusnya kita kena saling bermaafan tidak mengira masa. Yelah kita tidak tahu samada kita akan sempat merayakan Aidil Fitri lagi ataupun tidak, kan? Dan tiap kali waktu inilah, saya seakan-akan tidak dapat menahan sebak, airmata ini akan turun dengan lajunya tanpa dijemput. Dengan sendiri ianya mengalir sampaikan nak luahkan kata memohon maaf pun tidak terluah. Perkataan tersekat di kerongkong, sampai suami perli, banyak sangat ke buat dosa kat saya... hahaha tapi yang tak syoknya, bila kita cakap berjela-jela memohon ampun, halalkan makan minum dan salah silap kata dan perbuatan, jawapan ringkas yang selalu saya dapat sebagai balasan adalah " SAYA PUN" Hhhmmmm alahai.... ringkasnya. Macam takde buat salah je kat kita...huhu. Takpelah, dah biasa sangat dah, bertahun-tahun begitu. Saya tahu suami pun kaki sebak juga walaupun tak pernah cakap saya tahu dia juga mengharapkan kemaafan dari saya. Moga bahagia selamanya bersama. Arghhh sedih plak....

berbisik menanyakan duit raya takde ke???? hehehe

... mungkin jawapannya " mintalah apa saja.." seronok tak?

seronoknya hari raya......
Okay tak mau lagi nangis-nangis sedih, sekarang kita harus bergembira kerana kita wajib merayakan kemenangan kita seluruh umat Islam. So anak-anak dah bersedia, semua tersenyum gembira sebab papa dah hulur duit raya. Tengoklah muka masing-masing tersenyum sampai ke telinga..

.... tawa ria di pagi raya .....
 Indahnya hari raya jika kita dapat bersama dengan insan tersayang di sekeliling kita. Tawa ria, gelak ketawa dan riuh rendah suara anak-anak bersama berkumandangnya takbir raya menambahkan lagi indahnya suasana hari raya. Segunung harapan mengharapkan kemeriahan ini akan berulang lagi dan akan kekal selamanya... moga Allah makbulkan doa saya ini. Amiin.



.... moga kebahagiaan ini akan berulang lagi di tahun seterusnya.....

 tiga dara  ..... huhu termasuklah jugak

anak dara 

anak teruna dan si genit

permata hati
Paling indah dan seronok sekali melihatkan keletah anak-anak menyambut hari raya. Kesibukan pagi raya, dengan riuh rendah untuk bersiap dan menikmati juadah. Si kecil menangis-nangis minta di dukung, mungkin pelik melihat ibunya kelam kabut pagi-pagi dengan bersiap lawa macam nak keluar bekerja saja lagaknya. Riuh nak ke rumah Opah, berjumpa dengan pakcik makcik dan sepupu sepapat. Hai terasa kelam kabut sampai hilang rasa penat. Bersiap untuk membawa bekalan ke rumah ibu dan mertua. Masa ni terasa kalaulah saya ada banyak tangan pasti kerja akan menjadi mudah dan cepat....hahaha apala pulak rupa saya ye dengan tangan yang banyak.....


Okay mari kita lihat apa yang saya sediakan untuk ibu dan mertua....... selain dari nasi impit dan kuah kacang beserta rendang ( tapi tu sume gambar tak sempat snap...)

Kek karamel untuk mak



Ini lah rupa isinya.......
... tenang menanti untuk sessi photography.... 

Memula sekali kami menuju ke rumah mak saya di Sungai Choh. Tak jauh pun hanya 15minit perjalanan dengan kereta. Takde jam apa pun, tak payah nak berkejar-kejar sebab jalan dah lengang...masa ni kalau nak baring tengah jalan pun tak pe.... haha Kat sana semua adik beradik telahpun menunggu. Rumah mak dah penuh denngan anak menantu dan cucunya. Riuh rendah tak payah cakaplah, sendiri boleh bayangkan macamana sesaknya rumah mak. Itu belum lagi orang datang beraya, hanya keluarga sendiri, tak cukup korum lagi tu. Selepas menjamu selera, sessi bermaafan dan bergambar seperti tahun-tahun sebelumnya.....

gambar keluarga besar saya.....
Sempat bergambar bersama keluarga besar saya sebelum mak dan yang lain-lain berkonvoi balik ke kampung bertemu saudara mara di perak. Saya tidak dapat turut serta, saya menyimpang untuk ke rumah mertua di Sungai Buaya bersama juadah yang saya bawa, Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan penyeri meja, Checkered Rainbow Cake......

Checkered Rainbow Cake 

... begitulah rupa isinya..... digayakan oleh Seraa

zoom sikit untuk lihat lebih dekat....

Di rumah mertua pula dah penuh juga dengan ipar dan biras saya..... sessi bergambar bermula di ruang yang dihias khas oleh adik ipar, umpama Arabic Style, terasa alangkah bagusnya jikalau saya dapat mengenakan jubah untuk bergambar di situ... Hahaha....Sambil bergambar kami sempat bersalam memohon maaf salah silap kata dan perbuatan. Tapi sayang, saya tak dapat kongsikan gambar di sini kerana masih menantikan gambar yang ada di dalam camera canggih adik ipar...... harap saya akan dapat dengan segera untuk dikongsikan gambar keluarga besar mertua di sini....

Begitulah cerita Hari Raya Aidil Fitri saya untuk tahun 2012.





No comments:

Post a Comment