Pages

Lemang Periuk Kera


Lemang ni memula saya dapat adalah dari rumah Maksu suami saya, kebetulan kami pergi beraya ke rumah nya di Bukit Persekutuan Kuala Lumpur. Kebetulan dia ni memang penggemar barang-barang lama dan juga authentic ni, so bermula la cerita tentang lemang periuk kera timbul. Nak jadi rezeki saya barangkali, baki kelongsong periuk yang belum dimasak masih ada beberapa biji dalam freezer. Jadi dah memang rezeki orang kata, lalu diberikan kepada saya untuk dicuba. 


Bayangkan perasaan saya yang memang tak pernah tengok dan tak terjangka untuk dapat benda tu apatah lagi untuk mencuba masak sendiri. Terharu sangat.

Zaman sekolah, saya ada belajar tentang tumbuhan ini yang memerangkap serangga di dalamnya. Dikatakan juga boleh digunakan untuk memasak dikalangan orang asli, bila dah dapat depan mata, terbayang pula kebarangkalian ianya beracun atau memabukkan...hehehe.Dalam pelbagai rasa yang bersarang difikiran tapi saya tetap teruskan percubaan saya itu. Keesokkannya awal pagi saya dah mula mengukus pulut dalam periuk itu. Ya allah...menjadi plak, suka dan girangnya saya rasa.  
Terus upload di FB dan orang pertama yang memuji adalah maksu, dia rasa berbangga kerana pemberiannya dihargai oleh saya dengan mencuba memasak sendiri. Maksu tak tau ke perasaaan saya lagilah berbunga-bunga disaat diberikan kelongsong periuk kera tu. Terima kasih sangat-sangat maksu.

Bermula dari situ, saya mencari dan menggoogle sendiri dimanakah boleh saya dapatkan kelongsong ini di pasaran mentelah menantu maksu tidak dapat bekalan yang diperlukan. Akhirnya, saya menemukan di Instagram pembekalnya yang berada di Labis, Johor.  Maka pada Aidilfitri tahun 2017, saya telah dapat dan menjadikan lemang periuk kera sebagai juadah pagi raya. Alhamdulillah, ianya digemari dan anak dara kenit saya Nur Dania Sara sangat sukakannya selepas menonton kartun Upin Dan Ipin yang menceritakan berkenaan lemang periuk kera ni.



Percubaan pertama saya memesan secara online periuk kera ni dan bekalan sampai seminggu  sebelum Aidilfitri 2017.  Ini adalah bekalan kelongsong mentah yang baru tiba dengan perkhidmatan pos dari Labis. 


Kemudian proses mencuci dan membersihkan kelongsong bermula..



Masukkan beras pulut yang telah direndam sebentar ke dalam kelongsong dalam anggaran 3/4 penuh periuk kera.



Tuangkan santan yang telah dicampurkan garam kedalan periuk kera yang telah diisikan beras pulut. Kemudian kukus selama 20 - 25 minit atau sehingga pulut cukup masak dan siapp untuk dihidang.



Lemang ini sama seperti lemang biasa, dihidangkan bersama rendang. Tapi suami lebih gemarkan daging masak Bombay atau Daging masak Dendeng kerana tidak bersantan. Tadaaa..... alhamdulillah, semua gemarkannya dan saya boleh dikatakan sudah jadi pelanggan tetap pembekal kelongsong periuk kera tersebut. Mudah dan sangat menarik minat terutamanya kanak-kanak.....




4 comments:

  1. Salam...boleh tak saya dapatkan no untuk saya hubungi pembekal kelonsong periuk kera..kerjasama puan amat saya hargai..saya dahulukan dgn ucapan ribuan terimakasih..🙂

    ReplyDelete
  2. Hurm sedapnye tgk.. nnt nk try laa ..tq siss

    ReplyDelete
  3. Assalam bleh x sy dpt no hp pembekal Sy nk Cuba bt la utk raya thun nie.

    ReplyDelete
  4. Mne nk cr pembekal kelonsong periuk kera?

    ReplyDelete