Pages

KEK FIGURA


Figura ni sama macam kita main plastercine atau tanah liat dan bentukkan... dulu saya tak buat sebab agak susah sebenarnya walaupun nampak mudah. Kesukarannya adalah untuk penyambungan dan pembentukkan serta menggabungkan setiap bahagian ditambah lagi dengan gabungan warna. 

Tapi setelah di ajar oleh biras saya yang sering membuatnya dan dia memang pembuat kek yang berjaya pun... syabas untuk dia kerana hasil kerjanya memang selalu membanggakan saya. Sebagai pembuat kek amatur tanpa belajar dari mana pusat kulinari macam saya hehe ....tapi sudah mampu membuat kek yang cantik ( tu bukan macam saya) huhu. 



Ni kek tempahan dari kenalan yang meminta saya sediakan kek kegemarannya iaitu kek butter lembab bersama ground almond dan macadamia.... walaupunn sebenarnya adalah harijadi anaknya...haha. 

Sebetulnya ini bukanlah kali pertama saya membuatnya tapi masih lagi terasa kesukaran membuatnya kerana cabaran pertama adalah pada figuranya yang mana saya harus sediakan lebih awal. Kena sorok dari Nur Dania  lagi selepas tu masa membuatnya... saya perlu sejukkan kek kemudian baru salutkan kek dan harus pastikan ianya tampak licin dan tidak berkedut. Perlu dikeringkan dalam suhu yang sejuk... dan banyak lagila cabarannya.


                                                

Setiap item yang diletakkan diatas kek tersebut haruslah benar -benar kering terlebih dahulu jika tidak ia tidak akan membentuk dengan cantik.. Item yang kelihatan lembut beralun seperti reben itu harus dilenturkan dan dikeringkan dalam keadaan seolah2 ianya sangat lembut padahal telah keras ....



Bayangkan figurine pasangan pengantin ini saya perlu keringkan ia dalam keadaan seperti itu sebelum ianya boleh diletakkan di atas kek.... hhhmmmm banyak kerenahnnya kannnn

Tak hairanlah orang meletakkan harga yang sangat tinggi pada kek fondant ini lebih-lebih lagi bila ia ditambah dengan figura  dan bertingkat. Sendiri boleh nilai kesukarannya bagaimana...

Tapi itu permulaannya sahaja, kalau kita dah selalu dan biasa membuatnya, in shaa allah akan terasa mudah dan tidak stress. Terasa seronok dan leka waktu menghias sehingga tak sedar masa berlalu. Yang penting minat dan komited pada kerja ...pasti akan dipermudahkan.

kek victoria sandwich pilihan pasangan ini.


Hati akan rasa terhibur pabila melihat hasilnya dan lagi bertambah gembira bila orang yang menempah juga berpuas hati....


Terima Kasih pada yang menempah kek ini tempohari

1 comment: