Pages

HOMEMADE ICE CREAM


Wah segarnya rasa tekak yang kering ni pabila dapat dilalukan dengan ais krim yang sejuk segar ni....kann??? Paling seronok kalau kita dapat menikmatinya pada setiap kali kita teringatkannya...hehe. Kena ada selalula stok dalam peti sejuk ... tapi lalu ke nak pergi beli je kan.... kopak la beg duit...koyak la poket kann.....hhmm buat sendiri ajer, bukannya susah pun, belanjanya pun murah..




Perisa strawberry yogurt


Cuaca sekarang tak menentu, dulu musim panas sangat sampai kering kontang empangan, sehinggakan kerajaan terpaksa mengambil langkah catuan air terhadap penduduk negeri Selangor...masa catuan ni berlaku ditambah pula dengan suhu panas yang melampau telah menyebabkan kebakaran hutan dengan sendiri.  Situasi ini amat menakutkan juga kalau berterusan...tapi ada satu fenomena yang menarik kesan dari suhu melampau tu....iaitu pokok apa tah namanya berbunga dengan galaknya diseluruh negara sehinggakan kita merasakan seolah2 berada didalam musim bunga... wah!! macam kat luar negara gitu...hehe. Saya sempat berposing dalam situasi itu... kerana dipersekitaran rumah kediaman saya saja.



             



perisa coklat... 


Dalam hangat cuaca luar, memang sedap kalau dapat ais krim ni... saya terpanggil untuk mencuba resepi setelah dikongsikan oleh seorang teman. Dia kata sangat mudah dan yang pasti rasanya sama seperti ais krim yang dibeli..... wah!!! haruslah dicuba ... bagi membuktikan kebenaran kata katanya.... dan memang benar... rasanya sama seperti ais krim yang dibeli malah sekarang dah boleh diolah ikut citarasa sendiri..... pasti selepas ini saya akan mencuba dalam pelbagai rasa dan akan mencampurkan dengan pelbagai bahan lain bagi menambah keenakkan rasanya.....jom kita teliti resepinya yang sangat ringkas...

Sebelum tu saya perkenalkan dulu pembantu saya yang banyak membantu kerja saya di dapur. Handal juga pembantu saya ni, semua kerja boleh dilakukannya daripada kerja buat ais krim, buat roti, buat kek, mencincang daging dan apa sajalah kerja yg kita tak larat nak buat tu serahkan pada dia, in shaa allah dia akan bantu.... hehe ini la dia pembantu saya tu.....



           

PHILIPS ADVANCE FOOD PROCESSOR


Sangat bagus dan efisien, bayangkan saja kerja menguli roti saya dilakukannya dengan sebaik mungkin dan dia akan berhenti sendiri pabila doh sudah cukup kental.... saya cuma ambil doh dan bentukkan saja. Sama juga seperti kerja membuat ais krim ni, dia akan memukul adunan ais krim saya sehingga benar- benar gebu dalam waktu yang singkat saja bagi mendapatkan tekstur ais krim yang cantik.....best kan??? Okey sapa yang berminat.... bagitau je kat saya, nnt saya akan cuba dapatkan untuk anda ye...pastu nak minta tolong ajarkan pun boleh.... call ler kita kat no ni 019 337 1491...hehe promo sket..... Lagi satu kalau teringin nak dapatkan mesin aiskrim pun boleh juga, yang pasti harganya murah dari pasaran luar..... kalau yang itu...memang pasti akan dapat makan aiskrim sepantas kilat siap.....dan sedap...


Tapi jangan gusar, buat sesiapa yang takde boleh juga gunakan hand mixer ataupun blender... pukul la adunan sehingga betul betul kembang.... tempoh masa saya kurang pasti. Ingat..pastikan betul betul kembang ye kerana itu yang akan menentukan kegebuan ais krim kita.....okeyla...mari periksa bahan-bahan...asyik ngomel aje kan.....tak siap ais krim nanti.....




Bahan2nya

Ais krim perisa strawberry yogurt

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan yogurt perisa strawberry
1 tsp ovalet
Sedikit strawberry filling


Caranya:

Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu. Masukkan di dalam bekas bertutup dan sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam. Siap untuk dimakan.... selamat mencuba


Ais krim perisa coklat


1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
100 gm susu tepung perisa coklat
1 tsp ovalet
2 sudu serbuk koko

Caranya;

Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu...Tuang ke dalam bekas bertutup dan sebelum itu taburkan chocolate chips sebagai hiasan.  Siap untuk dibekukan.... Mudah kan??? 








Anak saya sikit punya seronokla bila tengok dalam petisejuk ada stok ais krim pelbagai rasa.... beli kon ais krim je... bangga plak rasa bila lihat mereka makan... hasil air tangan saya sendiri... so saya tak perlu risau lagi tentang khabar angin mengatakan ada campuran lemak oinkk...oinkk dalam ais krim....hehe


No comments:

Post a Comment