Pages

Kek Perkahwinan Tema Biru dan figura

Kek fondant lagi...... majlis perkahwinan lagi.....tema warna biru dan cream pilihan pasangan ini. Puas memikirkan hiasan apa yang patut saya ilhamkan kali ini. Bersyukur juga kerana yang menempah tidak meletakkan syarat tertentu untuk penataan hiasan pada kek cuma yang ditekankan adalah dia menginginkan figura pengantin...... tetapi hiasan yang sedikit simple.



Kek pilihan adalah Victoria Sandwich. Sebetulnya ianya adalah sejenis kek butter dan dilapisi dengan jem raspberry. Kek ini agak mudah untuk disediakan dan tidak banyak kerenah untuk menyiapkannya. Bermula dengan penyediaan kek terlebih dahulu. Saya siapkan sehari sebelum didekokan. Kita kena pastikan kek benar-benar sejuk dan berada dalam suhu bilik sebelum dideko. Jika tidak kita akan menghadapi masalah sewaktu mendeko. 



Membuat figura ini tidaklah susah sgt kalau kita dah tau asasnya cuma yang rumit bagi saya adalah bahagian muka terutamanya bahagian mata...ya allah susah untuk mendapatkan mata yang galak dan bersinar. Lorekan mata juga perlu kena dengan muka figura. Tapi yelah kalau nak nampak seolah-olah hidup memang takkan dapatlah sebab saya pun bukan seorang artis.... tapi ok lah untuk hiasan atas kek saja.

Tapi yang menjadi satu lagi masalah pada saya ialah anak dara kecik kat rumah ini. Dia memang suka makan fondant ni. Jadi saya memang akan pastikan seketul kecil fondant harus diberikan pada Dania untuk mainan dan sumbat dalam mulut dia. Siap cakap lagi tu supaya dia tak akan usik kek saya sebab ini kek kawin orang nak beli. Semacam faham aje dia anggukkan kepala. Setelah siap saya tinggalkan untuk keraskan figura saya, tetapi bila saya balik semula tengok kaki dan tangan dah hilang. Bila tanya dia dengan petahnya menjawab... "mama kasut dgn tangan die Anya daa bakannn" Allahuakbar..... terpaksa la buat lagi..... hehe cabaran sungguh.



Hiasan dibahagian tepi kek saya gunakan acuan yang dibeli dari kedai DIY saja. Senang dan cantik, siap seperti lace kalau disambungkan dan seperti sulaman timbul kalau kita hiaskan secara berterabur. Memudahkan kerja saya.



Lihatlah figura saya, duduk bertimpuh sopan menanti diijabkabulkan...haha. Nama sebenar pengantin tidak diketahui lantaran nama yang diberi hanya "Ozah dan Mr. K" saje. Okay, saya pun tak tanya lebih....ikut saja arahan..





Tinggal touch up terakhir....
Setelah siap kek ini perlu dibiarkan dalam suhu sejuk kalau boleh dalam bilik air cond agar fondantnya kering dan tidak melekit. jauh perjalanan kek ini, dia akan menyeberang jambatan pulau pinang untuk berehat di Pulau Mutiara itu dalam 2 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Petani Kedah. harap kek ini selamat sampai ke tangan tuan empunya diri, pasangan raja sehari.



Tadaaaa..... dah siap dan menanti tuannya datang ambil. Harap mereka sukakan kek ini dan menepati tema mereka. Paling utama semoga majlis akan berjalan dengan lancarnya dan pasangan pengantin akan bahagia selamanya serta dirahmati Allah. Tahniah dari saya buat pasangan Raja Sehari 

MR. K   &  OZAH





No comments:

Post a Comment