Pages

Apam Tapai Nasi

APAM TAPAI NASI @ APAM ENO



Dulu saya memang gila sangat dengan apam ni, bukan dulu je malah sampai sekarang pun..... kalau dapat memang tak terasa dah makan banyak. Bukan saya je, malah anak-anak saya juga terutanamanya sekali di Dania. Kiri kanan tangannya dan berulang-ulang.  Tapi apam ni sebenarnya kena tengok juga pada resepinya. Ada sekali saya membeli di pasar dari makcik yang menjual nasi lemak, ya allah memang tak tertelan saya dibuatnya. Rasa kesing atau kata lainnya kering dan akan membuatkan kita rasa tercekik dan nak terbatuk dibuatnya...(amboihh.... hehe kalau dapat komplen, bukan main lagi erk). Kata sesetengah orang tengok pada jenama tepung. Biasa yang disarankan adalah cap bunga teratai. Tapi saya cuba dengan cap gajah juga, elok aja kejadiannya.... ada sekali je tak jadi, dia jadi padat sgt dan berat, hasil kajian menunjukkan kerana kurang eno....hihi. So ikut ajalah memana yang sedap ikut tekak memasingkan.... janji boleh ditelan dan digemari seisi keluarga, kan???? 

                                        

Okey berbalik kepada resepinya, sgt simple aja sebenarnya. Tapi perkara pokok yang perlu ada mestilah tapai nasi.... buatnya juga mudah aja. Baki nasi sejuk kat umah tu jangan buang....kita buat tapai okey...




TAPAI NASI

4 cawan nasi sejuk
1 ketul ragi.

Hancurkan ragi dan gaulkan ke dalam nasi sejuk. 
Tutup rapat dan simpan ditempat bertutup selama 2 malam. 
Kemudian bolehlah dibuka dan kelihatan berair, maknanya dah jadila tu.
Lepas tu bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Guna bila perlu...


APAM TAPAI NASI

1 cawan tapai nasi
1 paket tepung beras cap teratai
1 cawan gula pasir
3 1/2 cawan air
2 paket eno perisa asli

Cara-caranya


Campurkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 6 jam sekurang-kurangnya.
Adunan di bahagi kepada dua bahagian dan warnakan ikut suka.
Campurkan satu bahagian adunan dengan sepeket eno, gaul sebati dan bolehlah dikukus dalam acuan pilihan selama 20-25 minit. Ulangi langkah yang sama untuk adunan selebihnya.

* acuan tidak perlu dilengserkan dengan minyak. 

Okey dah siap...


No comments:

Post a Comment