Pages

Cotton cheese cake

COTTON CHEESE CAKE atau nama lainnya Japanese cotton cheese cake. Barangkali orang jepun je yang suka buat kot. Kek ni mmg antara yang digemari oleh suami saya. Tekstur yang sangat ringan gebu dan lazat lemak berkrim.  Dulu masa saya membuat kek ni adalah ihsan dari seorang teman masa sekolah di Penang dulu. Dia adalah junior dari kamar saya. Lama sungguh tak bertemu dan kami bertemu semula bila forum sekolah yang di buat oleh bekas pelajar sekolah SMTTARP Penang. Bagus juga forum tu kerana dari situla bermula hubungan lama yang kembali terjalin antara kami. Bertemu semula dengan Siti Zairiyawaty yang pada waktu itu menetap di Kota Bharu Kelantan selapas menjadi suri seorang pilot. Dia berikan resepi ni, katanya mudah dan sedap. Thanks Zya...jasa mu dikenang.




Membuatnya tidak sesusah mana cuma perlu ikut arahan dengan betul. Ia sangat mudah merajuk. Hasilnya nanti akan menjadikan kek itu seperti bengkang...padat dan berkaki. Pengalaman saya pernah jadi seperti itu...




Kek ni tidak tahan lama melainkan jikalau kita simpankan di dalam peti sejuk. Kebiasaannya kalau di rumah saya mmg tak sempat nak tunggu sehingga esok.... sekejap je dah habis...







Mari kita tengok resepinya

Bahan-bahannya

125gm cream cheese
60ml fresh mlik
40gm butter

25gm tepung gandum
10gm tepung jagung
3 biji kuning telur - B
1 tbsp lemon jus
4 biji putih telur
65gm gula castor
1/4 tsp cream of tartar
1 tsp esen vanilla


Cara membuatnya

1. Cairkan creamcheese, susu dan butter dgn kaedah  double boiler
2. masukkan kuning telur dan lemon jus
3. dalam bekas berasingan, pukul putih telur sehingga kebang, masukkan gula dan cream of tartar sehingga kembang dan kaku (stift)
4. Campurkan ke dalam adunan kuning telur tadi dengan kaedah kaup balik.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balikkan sehingga rata.
6. bakar dengan suhu 160 degree selama 50-55  kaedah water bath
7. setelah kek masak, renggangkan pintu ketuhar dan biarkan sejuk .
8. hias ikut selera sendiri dan sedia utk dihidang.




    

No comments:

Post a Comment