Pages

Swiss meringue buttercream



Tampak indah dan menyelerakan


Kek memang kebiasaannya akan menjadi tarikan utama dalam sesebuah majlis terutamanya sambutan harijadi, perkahwinan, pertunangan dan apa saja yang melibatkan sambutan sesuatu. Oleh sebab itu, ianya akan dihias seindah mungkin agar tampak cantik dan indah. Tidak hanya untuk kelihatan cantik, ianya juga diharapkan sedap seindah rasanya. Jadi antara penyumbang rasa yang sedap pada kek adalah toppingnya atau aising yang digunakan sebagai hiasan. 




Tampak indah dan menarik
Penggunaan swiss meringue buttercream akan menjadikan selain rasa kek yang sedap ianya juga mengekalkan rupabentuk hiasan dan tidak akan muda mencair. 



Bagi mendapat bunga hiasan yang cantik, kita kena rajin google. Tapi saya lebih senang dengan melihat blog orang lain. Lihat cara hiasan org lain dan cuba perbaiki teknik kita. Tapi memang jika ada ruang waktu, saya akan praktis menggunakan semua nozle yang ada dan cube buat bunga hiasan melalui youtube bagi memahirkan diri membuat hiasan kek. Dan hasilnya adalah seperti ini.....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment