Pages

Pancake

Sarapan berkhasiat dan lazat terutamanya buat kanak-kanak.......

pancake yang menggamit selera anak-anak....
Pagi-pagi lagi anak-anak akan bertanya " Mama, masak sarapan apa pagi ni?" Huh! kalaulah saya demam tak memasak pasti muncung je muka memasing. Sudahnya mereka akan minta duit untuk beli nasi lemak  kat gerai aje. Selalunya mereka minta yang berat walaupun untuk sarapan pagi. Dah terbiasa mengikut selera papanya yang suka makan nasi lemak atau nasi goreng. Kalau ikut belah suami memang mereka dah terbiasa bersarapan dengan makanan berat. Kalau keluarga sebelah saya dulu, mak akan hidang yang agak ringan sedikit seperti goreng pisang, cucur udang atau paling tidak pun kuih muih. Makanan berat akan menyusul awal di waktu makan tengahari. Jadi anak-anak saya, mereka terpengaruhlah dengan resmi keluarga belah saya dan suami.

Pagi tadi Danish seperti biasa dah menanyakan sarapan, kebetulan Dania juga belum makan lagi jadi saya buat pancake untuk mereka. Danish senyum aje kerana memang dari dua hari lepas dah minta saya buatkan pancake untuknya. Bagus juga, pancake memang sedap, berkhasiat dan paling penting tak lah susah sangat pun nak buat. Tinggal rajin atau malas aje. Mood tengah rajin dan kasihankan Dania yang masih lagi demam dan tak mahu makan. Harap-harap dia akan makan banyak kalau dihidangkan pancake ni.... Saya hidangkannya bersama toffee sos dan aiskrim.

Pancake ni ada yang dah siap dijual di pasaraya. Senang aje, tinggal masukkan air dan siap untuk di masak. Tapi harganya mahal sangat, dulu saya pernah beli. Harga sekotak mencecah RM 15. Tapi sekarang bila dah dapat resepi, rasanya lagi mudah dan murah buat sendiri. Bukannya susah sangat  dan bahan-bahannya pun  tak mahal. Terfikir pula saya, mengapa yang dijual kat pasaraya tu mahal sangat. Mungkin lebih mudah kot sebab tu dijual dengan harga yang sebegitu. Mari saya tunjukkan cara membuatnya.  Jom ke dapur....


PANCAKE

bahan-bahannya;

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1 biji telur
30gm mentega cair
1/2 cawn dan 2 tbsp susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
1 tbsp mayonnaise
1 1/2 tbsp gula castor

Cara membuatnya;

  1. Ayak tepung bersama baking powder
  2. Di bekas lain, satukan semua bahan lain kecuali tepung dan mentega cair.
  3. Kacau menggunakan whisk, kemudian masukkan tepung demi sedikit , kacau agar jangan ia berbintil-bintil
  4. Akhir sekali masukkan mentega cair. Siap.
  5. Biarkan sekejap sebelum mula membakar.


Adunan yang siap dibancuh

beginilah rupanya dari dekat, adunan keliahatan agak likat sedikit.



sedang dibakar di atas kuali leper yang tidak melekat

biarkan ia kelihatan seperti ini, baru terbalikkan...

beginilah rupanya setelah diterbalikkan

siap untuk dimakan....angkat dan hias ikut selera


Pancake boleh di makan mengikut selera anda. Ia boleh dimakan bersama madu, toffee sos, ataupun maple sirap. Atau juga boleh dihidangkan bersama strawberry sos, atau coklat cair. Bagi menambah selera bolehlah juga dihidangkan bersama aiskrim dan buah-buahan campuran. Pasti anak-anak akan berselera bila dapat makan pancake sekali-sekala untuk sarapan pagi terutamanya dihujung minggu......

Alhamdulillah Danish dan Dania makan banyak dan sungguh berselera sekali menikmati sarapan mereka tadi. Cubalah untuk anak-anak anda juga.

HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Kami sekeluarga.......


Selamat hari raya
hari untuk kita bersuka ria
setahun hanya sekali 
merayakan hari yang mulia ini

Dimasa bulan ramadhan
kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya di sambut dengan gembira
SELAMAT HARI RAYAAAAA

Lagu raya ni memang sinonim dengan Hari Raya Aidil Fitri, lagu yang senantiasa evergreen dari dulu hingga sekarang tetap segar bermain dicorong-corong radio. Entah kenapa rentak baru yang dinyanyikan semula ataupun lagu baru tak sesegar lagu susunan lama dan penyanyi lama. Nostalgia sungguh kan???? Bila tiba hari raya, bila lagu ni berkumandang, saya teringat zaman kanak-kanak. Gembira sungguh waktu tu, tak kisah dah pasal masalah lain, hanya tahu hari raya, tak payah nak berlapar dan dahaga lagi dan dalam kepala dok pikir berapa lah agaknya kutipan cukai yang bakal diterima...... hahahaha anak-2 zaman tu memang selalunya begitu. Tapi berbeza dengan anak2 zaman sekarang, anak2 saya misalnya tak berapa kisah sangat dengan duit raya ni, kadang2 bila saudara mara datang pun mereka asyik dengan  game, ipad, dan psp. Hilang sudah rasa hormat dan seronok melihat kehadiran saudara mara...... kena ajar lagi anak2 ni kalau tidak, mau tak kenal saudara mara ni....

menikmati juadah sebelum sessi bermaafan..... 

Dalam pada kita bergembira di hari raya, janganlah pula kita lupa pada yang telah tiada, sedekahkanlah al-fatihah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan rasa kasih sayang kita pada mereka. Kita juga bersederhanalah merayakan hari raya ini, janganlah kita membazir dan keterlaluan dalam merayakannya kerana kita perlu ingat bahawa kita hanya merayakan kemenangan kita dalam melaksanakan kewajiban sebagai hamba Allah iaitu berpuasa sebulan di bulan ramadhan. Yang paling penting kita raikanlah bersama insan tersayang sementara mereka masih ada bersama kita. Hidup didunia ini hanya sementara, jadi nikmatilah keindahan dunia ini ciptaan Yang Maha Kuasa.

Sessi bermaafan ....ampunkan segala kesalahan
 Hari Raya Aidil Fitri lah kebiasaannya kita akan saling maaf memaafi sesama kita walaupun seharusnya kita kena saling bermaafan tidak mengira masa. Yelah kita tidak tahu samada kita akan sempat merayakan Aidil Fitri lagi ataupun tidak, kan? Dan tiap kali waktu inilah, saya seakan-akan tidak dapat menahan sebak, airmata ini akan turun dengan lajunya tanpa dijemput. Dengan sendiri ianya mengalir sampaikan nak luahkan kata memohon maaf pun tidak terluah. Perkataan tersekat di kerongkong, sampai suami perli, banyak sangat ke buat dosa kat saya... hahaha tapi yang tak syoknya, bila kita cakap berjela-jela memohon ampun, halalkan makan minum dan salah silap kata dan perbuatan, jawapan ringkas yang selalu saya dapat sebagai balasan adalah " SAYA PUN" Hhhmmmm alahai.... ringkasnya. Macam takde buat salah je kat kita...huhu. Takpelah, dah biasa sangat dah, bertahun-tahun begitu. Saya tahu suami pun kaki sebak juga walaupun tak pernah cakap saya tahu dia juga mengharapkan kemaafan dari saya. Moga bahagia selamanya bersama. Arghhh sedih plak....

berbisik menanyakan duit raya takde ke???? hehehe

... mungkin jawapannya " mintalah apa saja.." seronok tak?

seronoknya hari raya......
Okay tak mau lagi nangis-nangis sedih, sekarang kita harus bergembira kerana kita wajib merayakan kemenangan kita seluruh umat Islam. So anak-anak dah bersedia, semua tersenyum gembira sebab papa dah hulur duit raya. Tengoklah muka masing-masing tersenyum sampai ke telinga..

.... tawa ria di pagi raya .....
 Indahnya hari raya jika kita dapat bersama dengan insan tersayang di sekeliling kita. Tawa ria, gelak ketawa dan riuh rendah suara anak-anak bersama berkumandangnya takbir raya menambahkan lagi indahnya suasana hari raya. Segunung harapan mengharapkan kemeriahan ini akan berulang lagi dan akan kekal selamanya... moga Allah makbulkan doa saya ini. Amiin.



.... moga kebahagiaan ini akan berulang lagi di tahun seterusnya.....

 tiga dara  ..... huhu termasuklah jugak

anak dara 

anak teruna dan si genit

permata hati
Paling indah dan seronok sekali melihatkan keletah anak-anak menyambut hari raya. Kesibukan pagi raya, dengan riuh rendah untuk bersiap dan menikmati juadah. Si kecil menangis-nangis minta di dukung, mungkin pelik melihat ibunya kelam kabut pagi-pagi dengan bersiap lawa macam nak keluar bekerja saja lagaknya. Riuh nak ke rumah Opah, berjumpa dengan pakcik makcik dan sepupu sepapat. Hai terasa kelam kabut sampai hilang rasa penat. Bersiap untuk membawa bekalan ke rumah ibu dan mertua. Masa ni terasa kalaulah saya ada banyak tangan pasti kerja akan menjadi mudah dan cepat....hahaha apala pulak rupa saya ye dengan tangan yang banyak.....


Okay mari kita lihat apa yang saya sediakan untuk ibu dan mertua....... selain dari nasi impit dan kuah kacang beserta rendang ( tapi tu sume gambar tak sempat snap...)

Kek karamel untuk mak



Ini lah rupa isinya.......
... tenang menanti untuk sessi photography.... 

Memula sekali kami menuju ke rumah mak saya di Sungai Choh. Tak jauh pun hanya 15minit perjalanan dengan kereta. Takde jam apa pun, tak payah nak berkejar-kejar sebab jalan dah lengang...masa ni kalau nak baring tengah jalan pun tak pe.... haha Kat sana semua adik beradik telahpun menunggu. Rumah mak dah penuh denngan anak menantu dan cucunya. Riuh rendah tak payah cakaplah, sendiri boleh bayangkan macamana sesaknya rumah mak. Itu belum lagi orang datang beraya, hanya keluarga sendiri, tak cukup korum lagi tu. Selepas menjamu selera, sessi bermaafan dan bergambar seperti tahun-tahun sebelumnya.....

gambar keluarga besar saya.....
Sempat bergambar bersama keluarga besar saya sebelum mak dan yang lain-lain berkonvoi balik ke kampung bertemu saudara mara di perak. Saya tidak dapat turut serta, saya menyimpang untuk ke rumah mertua di Sungai Buaya bersama juadah yang saya bawa, Nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan penyeri meja, Checkered Rainbow Cake......

Checkered Rainbow Cake 

... begitulah rupa isinya..... digayakan oleh Seraa

zoom sikit untuk lihat lebih dekat....

Di rumah mertua pula dah penuh juga dengan ipar dan biras saya..... sessi bergambar bermula di ruang yang dihias khas oleh adik ipar, umpama Arabic Style, terasa alangkah bagusnya jikalau saya dapat mengenakan jubah untuk bergambar di situ... Hahaha....Sambil bergambar kami sempat bersalam memohon maaf salah silap kata dan perbuatan. Tapi sayang, saya tak dapat kongsikan gambar di sini kerana masih menantikan gambar yang ada di dalam camera canggih adik ipar...... harap saya akan dapat dengan segera untuk dikongsikan gambar keluarga besar mertua di sini....

Begitulah cerita Hari Raya Aidil Fitri saya untuk tahun 2012.





AIDIL ADHA 2012




Lebih sering dipanggil Raya haji atau raya korban tahun ini saya seperti biasanya akan beraya ke rumah mak dan juga mertua. Memandangkan rumah mereka berdekatan jadi terpaksalah saya membahagikan masa untuk ke dua-dua rumah itu pada hari yang sama. Hhmm tahun ni adalah tahun yang agak penat bagi saya kerana, saya baru saja pulang dari bercuti di Port Dickson. Raya haji tahun ini jatuh pada hari jumaat dan saya pulang dari bercuti pada hari rabu. Khamisnya saya harus ke Bangunan Medan Mara untuk menghantar borang permohonan Along ke MRSM bagi kemasukkan ke tingkatan 4 tahun 2013. Memandangkan hampir menjelang raya jadi suami mengajak saya menaiki motor saja ke Kuala Lumpur. Setelah selesai segalanya kami pulang tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.... hahaha kena hujan ditengah jalan. Hujannya tidak begitu lebat tapi cukup untuk membuatkan badan saya melekit... aaadoiyaiii .... tensionnya!!! 

Jadila, sekadar mengalas perut dan halwa mata di pagi raya....

Pulut kuning kegemaran anak yang ketiga, Danish.

Sampai rumah dah lewat petang, pagi tadi sebelum keluar rumah saya dah siapkan sebiji kek chiffon marble untuk esok. Malam saya dah terasa badan seperti nak demam, tapi satu hapa pun tak buat lagi nih. Saya pulun buat 2 biji kek karamel untuk dibawa ke rumah Mak dan Mertua. Dan juga lagi sebiji kek chiffon choc mocha. Sudahnya saya masuk tidur hampir pukul 2 pagi. Sempat juga saya mengukus pulut kuning dan buat rendang ayam..... penatnya... inilah pengorbanan seorang ibu...... penat tapi siapkan juga juadah pagi raya untuk menggembirakan anak2 merasai suasana pagi hari raya.

Sebetulnya kek yang saya buat tak sempat nak ambil gambar kerana dah kena ngap.... nak ambil sebelum dimakan terlupa la pulak sebab penat plus mengantuk sama..... tapi adalah juga gambarkek yang sama yang sempat diambil untuk party harijadi kebetulan selang 2 hari selepas raya haji.... oklah tu. Gambar kek sebenar ada kat atas meja hidangan saya tu, dari jauh je la.....

Kek karamel ....  birthday orang yang sambut dalam raya haji.... kira bolehla

Leopard Chiffon ... tapi mcm tiger je kan...hihi

Chiffon marble again....

Selepas solat subuh saya seperti dipanggil-panggil untuk tidur semula ...... arghhh janganlah aku terhasut pulak dengan panggilan bantal..... turun dan siapkan juadah untuk pagi raya. Sambil televisyen berkumandang takbir raya, saya siapkan juadah di meja makan........

Memang kami lambat keluar pagi ni, yelah saya baru nak bersiap dan siapkan anak2 sebelum kami bersarapan. Lepas tu barula berangkat ke rumah mertua dan bonda tercinta. 

Kat sana barula terpandangkan nasi himpit kuah kacang, ada ketupat pulut dan ketupat nasi, rendang pelbagai rendang. Yelah portluck dari adik, iparduai dan biras..... haha penuh satu meja. Terasa seronoknya beraya..... Gambar lupa pula nak ambil sebab terlalu seronok dan riuh rendah dengan kerenah anak masing-masing. Tetiba terasa sayu dihati sebab teringatkan arwah abah... biasanya dialah yang paling seronok kalau anak-anak berkumpul ramai-ramai macam ni. Al-fatihah untuk arwah Abah, moga abah ditempatkan dikalangan orang beriman....amiin.

MANGO SPAN KEK



Makan sejuk-sejuk memang menyegarkan anak tekak. Tak payah cakap pasal kolestrol okay, kata Chef Wan, kalau kita masak tapi terlalu berkira-kira tentang kalori nanti masakan kita akan kurang kelazatannya. Kalau nak berkira sangat lebih baik jangan masak sebab bila dah masak kita nak makan pula. So kita ikut kata Chef Wan ... hehehe 


Ini Sang Arjuna saya lah yang minta nak makan kek, katanya dah lama tak makan kek. Hhmm kata nak kempiskan perut tapi minta macam-macam. Takpelah, kalau orang dah berhajat, kita kenalah tunaikan. Suami pulak tu yang minta, bebanggalah juga bila dia minta kita yang buatkan, daripada dia pergi beli kat luar lagi tak syok kan...... maknanya dia rindukan air tangan isterinya ..... 

lagi cantik rasanya kalau saya glazekan mangga tu dengan jelly, kilat sikit.

potongan pertama terus saja disambar oleh Sang Arjuna... hihi
ala... tak cantiknya cik abang potong.... nasibla labu....


Saya hanya buat kek span vanilla saja pastu mula mendeko dan melapis kek. Boleh juga gunakan kek dari tepung premix yang ada dijual kat kedai bakeri tu. Suami sukakan yang masam-masam, so saya pilih mangga. Saya ada simpan puree buah mangga Baganapali India. Mangga ni memang sangat harum dan sedap. Manis dan menaikkan selera kalau kita menikmati kelazatan buah mangga dari India ni. Buah ni selalu digunakan oleh Restoran Insaf untuk jus mangga yang tersangatlah mahal. Segelas jus mangga ni lebih kurang RM 7, itu harga dulu sekarang tak tahulah saya berapa pulak dia letak harganya sebab  saya dah tak pergi lagi ke restoran tu, insaf dah rasanya bila makan nasi beriyani dan jus mangga yang mahal tu. Lagipun saya dah tahu buat nasi beriyani sendiri so jangan membazir.... hohoho



.....kek yang telah siap dilapis mula nak dideko....
 Resepi Kek Span.....

Premix span kek (kat bungkusan tu ada aturannya, hanya ikut arahan, kek memang sudah pasti menjadi

Tapi resepi kek span saya pun senang juga dan rasanya pun sedap......






Mango Filling

350ml whipped cream
2tbsp susu pekat manis
50gm icing sugar
1tsp esen vanilla
1tbsp gelatin
50ml air panas
Perisa mangga
Mangga dipotong dadu


  1. Pukul whipped cream sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan icing sugar , susu pekat, esen vanilla
  3. Bekas berasingan, kacaukan gelatin dan air panas sehingga larut.
  4. Kmdn masukkan kedalam adunan whipped cream tadi bersama potongan dadu mangga
  5. Siap untuk dilapiskan 



 Topping cream

Saya gunakan adunan tadi tetapi tidak dicampurkan dengan potongan buah mangga dadu. Deko mengikut citarasa sendiri. Boleh diletakkan juga buah ceri sebagi penyeri... Siap.










MANGO CREPE

Makan dingin sangat menyegarkan......



Sekali pandang seperti tiada apa yang istimewanya crepe ni tapi bila dah rasa baru tahu kenapa ramai sangat yang sering menyebut tentang crepe ni. Lazat rupanya, kulitnya yang lemak -lemak manis bersama inti yang manis rasa buah. Inti bolehlah ditukar ganti mengikut citarasa masing-masing. Kepada penggemar durian bolehlah buat inti durian. Tapi saya gunakan buah mangga lantaran bukan musim durian jadi susah nak dapat kat sini. Kenapalah resepi ni tidak saya ketahui semasa musim durian yang lalu. 








Crepe ibarat lempeng mat saleh la. Tapi lempeng kita ni tak pelbagai dan biasanya dimakan bersama sambal tumis. Lempeng mat saleh ni dimakan bersama inti manis dan dilipat cantik ibarat kain. Hehehe.... memang mereka ni suka kepada yang manis-manis. Silap haribulan bukan sahaja badan je naik siap dapat penyakit lagi kalau diikutkan resepi mereka ni. 







                                            


Melihatkan crepe yang semakin popular ditayangkan di facebook, dikalangan rerakan saya juga sibuk memperkatakannya lantas membuatkan saya juga turut terpanggil untuk mencuba...... hhmmm saya mula menggoogle dan mencari perbezaan setiap resepi yang diberi. Akhirnya saya memilih untuk mencuba yang ini. Tak susah untuk membuatnya. Percubaan saya membuahkan hasil yang sangat menggembirakan.... haha suami yang mulanya mencebik bila saya kata nak cuba buat kerana bagi dia, ianya hanyalah sejenis lempeng. Hhmmm ... nanti, bila dah siap baru tau kenapa okay.......


Resepi;

MANGO CREPE

Crepe

140gm tepung kek (superfine)
20gm tepung jagung
80gm gula castor
500ml susu segar (saya guna susu cair bersama air)
30gm butter - dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 tsp esen vanilla


Caranya;

  1. Ayak tepung kek, tepung jagung dan garam
  2. Masukkan 1/2 drp susu ke dalam tepung dan kacau sebati hingga tidak berbintil
  3. Kemudian masukkan kuning telur, gula dan baki susu. Kacau sebati
  4. Masukkan butter dan kacau. kmdn tapis adunan.
  5. Tutup bekas dan simpan seketika di dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
  6. Bolehlah didadarkan senipis yang mungkin.
  7. Tidak perlu diterbalikkannya semasa memasak. 



Dadarkannya seperti membuat kuih ketayap



....dah mula nak memotong mangga....

Inti;

300gm whipped cream
1/4 cawan gula icing
1tsp gelatin
1 tbsp air panas.
Mangga yang dipotong dadu.


Caranya;


  1. Cairkan gelatin bersama air panas dan ketepikan
  2. Pukul whipped cream sehingga kembang
  3. Masukkan gula icing dan terus memukul
  4. Akhir sekali masukkan gelatin dan pukul lagi.
  5. Kemudian bolehlah digaulkan bersama potongan kuib mangga tadi
  6. Bubuh sesudu diatas crepe tadi dan lipatkanlah mengikut kreativiti anda.


.. dan beginilah hasilnya...